
July 11, 2025
Sofa Bermanik Nampak Eksklusif Tapi Rupanya Bahaya, Anak Kecil Cedera Bahu Tertoreh
Sofa bermanik nampak eksklusif tapi rupanya bahaya, anak kecil cedera bahu tertoreh. Ramai dalam kalangan kita cenderung memilih perabot berkonsep mewah dan elegan untuk menghiasi ruang tamu, termasuklah sofa dengan perincian manik yang kelihatan eksklusif.
Sofa Bermanik Nampak Eksklusif Tapi Rupanya Bahaya, Anak Kecil Cedera Bahu Tertoreh
Namun, siapa sangka elemen hiasan yang dianggap mempercantikkan ruang ini sebenarnya boleh membawa risiko, terutama jika ada anak kecil di rumah.
Itulah yang dilalui sendiri oleh seorang ibu, Puan Anis, apabila anaknya mengalami kecederaan serius akibat tertoreh hiasan manik pada sofa. Apa yang sepatutnya menjadi detik tenang di rumah, bertukar menjadi saat mencemaskan buat seisi keluarga.
“Semalam bahu anak saya tertoreh… panjang lukanya. Trauma betul bila tengok darah dan kesan torehan tu,” kata Puan Anis dengan nada sebak.
Insiden berlaku secara tiba-tiba apabila anaknya bermain berhampiran sofa. Hiasan manik yang terletak di bahagian sandaran, yang kelihatan tidak merbahaya pada pandangan mata, rupa-rupanya cukup tajam hingga mencederakan si kecil.
Terpukul dengan kejadian itu, Puan Anis mengambil keputusan untuk menanggalkan kesemua manik pada sofa berkenaan bagi memastikan keselamatan anaknya.
“Saya cabut semua manik kat sofa tu. Biarlah nampak pelik atau kurang cantik, asalkan anak saya selamat…”
Beliau tidak mahu tragedi yang sama berulang dan mengambil langkah berjaga-jaga demi anak tersayang. Katanya, keselamatan keluarga jauh lebih utama berbanding gaya atau penampilan perabot dalam rumah.
Puan Anis turut menyeru ibu bapa lain agar lebih berhati-hati ketika memilih kelengkapan rumah, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang aktif dan suka meneroka.
“Kalau ada yang tengah guna atau terfikir nak beli sofa jenis ni, saya nasihatkan hati-hati. Nampak cantik tapi boleh mencederakan,” tambahnya lagi.
Kisah ini menjadi pengajaran bahawa tidak semua rekaan indah itu selamat untuk kegunaan harian, apatah lagi dalam kediaman yang turut didiami kanak-kanak. Sedikit kecuaian boleh membawa padah, namun langkah pencegahan mampu mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sumber: Anis Abdullah
Baca artikel lain juga: Sofa Jadi Tempat Kucing Suka Kencing, Begini Cara Nak Hilangkan Bau Hancing
Buah Rosel Banyak Gunanya, Boleh Buat Jus, Jem & Sabun, Sumber Antioksidan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
The post Sofa Bermanik Nampak Eksklusif Tapi Rupanya Bahaya, Anak Kecil Cedera Bahu Tertoreh appeared first on Impiana.