Back To Artikel
category
By Norhasliza Mohd Shafi

July 11, 2025

Buah Rosel Banyak Gunanya, Boleh Buat Jus, Jem & Sabun, Sumber Antioksidan

Siapa sangka, tanaman rosel yang selama ini dikenali dengan jus menyegarkan rupanya menyimpan begitu banyak potensi. Hanya dengan sepokok, pengusahanya mampu memperoleh hasil buah yang banyak dan pelbagai guna.

Buah Rosel Banyak Gunanya, Boleh Buat Jus, Jem & Sabun, Sumber Antioksidan

Menurut seorang pengusaha tempatan, menanam rosel sememangnya berbaloi kerana hampir setiap bahagiannya boleh dimanfaatkan. Buahnya boleh dijadikan jus dan jem, manakala pucuk mudanya pula enak dijadikan sayur bening. Menariknya, di benua Afrika, biji rosel turut dijadikan makanan kerana mengandungi minyak yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Rosel turut dikenali sebagai sumber antioksidan yang tinggi. Kandungan ini sangat baik untuk kesihatan kulit, membantu memperbaiki sel kulit mati, mencerahkan kulit kusam, memudarkan parut, serta melembapkan dan menganjalkan kulit secara semula jadi. Penggunaan secara konsisten mampu menyerlahkan kulit yang lebih muda dan berseri.

Disebabkan hasil tuaian rosel yang melimpah, buah-buah yang sudah tua dibiarkan menjadi benih. Rosel sangat mudah bercambah, menjadikan ia tanaman yang mudah dijaga. Baki buah pula diolah menjadi sabun buku dwifungsi yang boleh digunakan untuk muka dan badan.

 

Sabun rosel ini ternyata memberi kesan positif terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah kulit kering. Bahkan, menurut pengusaha tersebut, sabun ini juga menunjukkan kesan yang baik kepada pengguna yang menghidap eczema.

Asalnya, sabun rosel dihasilkan semata-mata untuk mengelakkan pembaziran buah roselle yang tidak sempat diproses. Namun, tidak disangka pula hasil sabun organik ini berjaya membantu ramai pengguna yang mempunyai masalah kulit.

Inisiatif ini bukan sahaja berjaya mengurangkan pembaziran hasil tanaman, malah membuka ruang baharu dalam penghasilan produk penjagaan diri berasaskan bahan semula jadi. Alhamdulillah, kini sabun rosel bukan sekadar solusi untuk lebihan buah, bahkan menjadi rawatan semula jadi yang diyakini ramai.

Sumber: Nuraishah Shamsuddin

Baca artikel lain juga: Pemuda Ambil Alih Tanaman Jagung Manis, Ladang Hasilkan 280,000 Tongkol Jagung Manis Setiap Musim, Pulangan Cecah RM9k

Peroleh Pendapatan Bersih Lebih RM20k Sebulan, 5 Rakan Karib Usahakan Tanaman MMT

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

 

The post Buah Rosel Banyak Gunanya, Boleh Buat Jus, Jem & Sabun, Sumber Antioksidan appeared first on Impiana.