
July 9, 2025
Mak Kreatif Dekor Lukis Gambar ‘Hulk’ Sembunyikan Bahagian Pintu Tandas Pecah
Mak Kreatif Dekor Lukis Gambar ‘Hulk’ Sembunyikan Bahagian Pintu Tandas Pecah. Bila anak kecil terkunci dalam tandas, memang cemas dibuatnya. Dalam keadaan panik selalunya memang tak dapat berfikir panjang, asalkan anak dapat diselamatkan dengan cepat.
Menerusi perkongsian di Tiktok momsterlily, tanpa berfikir panjang wanita ini telah menendang pintu tandas di rumahnya sehingga mengakibatkan ia pecah, demi ingin segera menyelamatkan anak keduanya yang terkunci di dalam.
Lukis Gambar ‘Hulk’ Sembunyikan Bahagian Pintu Pecah
Namun perkara yang mencuri perhatian ialah pintu pecah tersebut, tidak ditukar dengan pintu yang baru, sebaliknya wanita ini cukup kreatif dalam mencari solusi yang tersendiri dengan mendekor bahagian tersebut.
Bahagian pintu yang pecah telah dilukis dan diwarnaka dengan karakter kartun Hulk yang berasal dari komik Marvel.Hulk merupakan karakter yang mempunyai fizikal besar, berotot dan kuat, sekaligus simbol kekuatan luar biasa. Memang kreatif dan cukup berseni, jimat kos tak perlu tukar pintu baru, malah bahagian yang pecah pun dapat ‘disembunyikan’!
Memang terbaik!
IMPIANA: Kreatif sungguh wanita ini, tak perlu tukar pintu baru, kerosakan pun dapat disembunyikan.
Mesti Baca: Cara Mudah ‘Repair’ Pintu Plywood Pecah Berlubang Kos ±RM70, Puas Hati Hasilnya!
Baca Lagi Di Sini: CARA Paling Mudah Tukar TOMBOL Rosak, Jimat Tak Perlu Umpil Pintu!
Artikel Menarik: Pasang Sendiri Smart Door Lock, Tak Payah Susah Cari Anak Kunci Buka Pintu Rumah
Sumber: momsterlily
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
The post Mak Kreatif Dekor Lukis Gambar ‘Hulk’ Sembunyikan Bahagian Pintu Tandas Pecah appeared first on Impiana.