Back To Artikel
category
By Suhaidah Wahab

July 11, 2025

Cara Tanam POKOK ANGGUR Dalam Pasu Menjadi, Lebat Berbuah Boleh Petik Sendiri!

Ramai yang beranggapan pokok anggur hanya boleh ditanam dan hidup subur di negara beriklim sejuk. Sebenarnya cuaca di Malaysia pun sesuai juga. Hafiz Husin antara yang berjaya menanamnya. Ada lebih 30 pokok anggur pelbagai jenis di tanam di laman rumahnya. Anak pokok anggur pelbagai jenis boleh je beli di sini. 

Menariknya, pokok anggur yang ditanam di dalam pasu je, tak perlukan kawasan yang luas pun. Ikut cara yang dikongsikan ini memang menjadi, dalam masa setahun dah boleh berbuah lebat dan petik sendiri di laman rumah.

Cara Penanaman:

1.Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.

2. Sediakan tinja kambing yang dah reput dalam satu bekas kemudian campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang.

3.Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian agak-agak saja. Tujuan penggunaan kapur untuk neutralkan keasidan tanah.

4. Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.

5. Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.

6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polibeg anak pokok anggur.

7. Masukkan anak pokok sekali dengan polibeg ke dalam lubang.

8. Kambus tanah di celah-celah luar polibeg yang berongga dan siram. Dah siap.

INFO EKSTRA!

  • Jangan siram kerap sangat pada musim hujan. Jika nampak tanah agak mengering baru siram sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.
  • Anggur jenis buah yang tidak bermusim. Kena kasi baja selama 4 minggu berturut selepas itu pangkas ranting dan daun semuanya. Nanti tunas baru muncul sekali dengan buah.

   

Selamat Mencuba!

IMPIANA: Nak cuba tanam sendiri pokok anggur dalam pasu boleh cuba cara yang dikongsikan ini, memang mudah dan tak perlukan laman yang luas pun.

Mesti Baca: RASPBERRY Segar Dari Tepi Rumah, Berbaloi Tanam Hari-Hari Kutip Buah
Baca Lagi Di Sini: Tanam Pokok Anggur Depan Rumah, Guna Tip Ini ‘Confirm’ Buah Lebat!
Artikel Menarik: Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

The post Cara Tanam POKOK ANGGUR Dalam Pasu Menjadi, Lebat Berbuah Boleh Petik Sendiri! appeared first on Impiana.