
July 9, 2025
Ubah Suai Rumah Impian Gaya Moden Klasik Tropika Dengan Bajet Sederhana
Bayangkan balik ke rumah dengan rasa yang tenang, cantik dan penuh vibe positif. Itulah cerita rumah eahouse59, sebuah teres Intermediate yang pemiliknya gubah indah jadi ruang moden klasik tropika yang memukau pandang.
Dengan keluasan 1,420 kaki persegi dan bajet renovasi sekitar RM80,000 hingga RM100,000, pasangan ni berjaya wujudkan rumah impian dengan sentuhan penuh cinta.
Kediaman Penuh Makna
Dari luar, rumah ni dulu nampak biasa je, tak ada wow factor. Tapi bagi pemiliknya, ia adalah jackpot hati. “Ini rumah pertama yang suami sediakan untuk saya, so special ,” kata pemilik. Rumah ni macam kanvas kosong yang penuh potensi, layout open space yang simple, sesuai untuk keluarga kecil. “Kami nak rumah yang tenang, tak terlalu besar, senang nak deco dan kemas, selesa untuk anak-anak membesar, ceritanya. Walaupun ada sudut yang tak perfect dulu, mereka dah nampak visi rumah ni jadi tempat penuh tawa dan kenangan.
Inspirasi Dari Instagram Dan Sentuhan Peribadi
Dekorasi rumah ni bukan datang dari pereka dalaman, namun hasil dari scroll Instagram, Pinterest dan vibe keluarga ini sendiri. “Kami suka sangat konsep moden klasik tropika – warna earth tones, neutral serta adanya pokok hidup merata, dari ruang tamu sampai porch dan backyard,” kongsi pemilik.
Bayangkan rumah penuh hijau, macam staycation dalam hutan mini! Mereka buat semua sendiri sebab bajet agak terhad.
Renovasi: Slow and Steady
Renovasi bermula sejak dapat kunci tahun 2021 dan hingga kini masih touch-up sikit semi sedikit. Kami tak tergesa-gesa, buat ikut masa dan duit yang ada,” kata mereka. Rumah ni macam kawan baik, makin lama, makin kenal, makin sayang.
Spot Kegemaran: Ruang Tamu Dan Dapur
Dapur dan ruang tamu adalah centre rumah ni. “Sebab open space, kami selalu lepak sini dengan anak, cipta macam-macam memori,” cerita pemilik. Ruang tamu ada pokok hidup dan sofa neutral yang super chill, sesuai dengan vibe moden klasik. Dapur pula ada kabinet kayu dengan pemegang emas dan mozek fishscale kelabu biru yang jadi showstopper. “Sini tempat kami main dengan anak, makan sama-sama, borak dengan kawan yang datang,” tambah mereka. Ruang ni bukan setakat cantik, tapi penuh makna.
Pasangan ni bijak mix and match antara DIY dan beli siap. Antara projek DIY yang dibuat termasuk fluted wall di tangga guna salur PVC, cat rumah dan bilik anak sendiri, juga bilik tetamu dan home office. “Kami beli kabinet IKEA, kemudian DIY sampai nampak macam built-in cabinet, jimat beratus!” cerita pemilik. Untuk perabot seperti sofa atau meja, mereka pilih yang berkualiti supaya tahan lama. Gaya ni bukan saja jimat, tapi setiap sudut rumah ada cerita tersendiri.
Nak makeover rumah tapi poket nipis? Pemilik ada tip yang buat anda rasa, “Eh, boleh je ni!”:
- Enjoy the Journey: “Kuncinya , enjoy proses ni. Bila buat dengan pasangan, confirm banyak kenangan manis tercipta.”
- Kenal Rumah Dulu: “Jangan terus renovate. Duduk dulu, rasa rumah tu, baru tahu apa yang praktikal untuk keluarga. Cantik tapi tak selesa, sia-sia je.”
- Pilih Barang Berbaloi: “Spend lebih sikit untuk perabot berkualiti macam sofa atau katil. Tahan lama, tak rugi.”
- Cahaya dan Plug Penting: “Jangan lupa pasang lampu yang cun dan tambah plug di setiap sudut. Buat rumah nampak mewah dan senang guna.”
- Ukur Sebelum Beli: “Jangan beli perabot sebab lawa je. Ukur ruang dulu, kalau tak, nanti sesak atau tak muat.”
Kenapa Kualiti Itu Penting
Dari pengalaman pemilik, beli barang berkualiti tu macam melabur untuk masa depan rumah. “Perabot bagus tahan lama, tak payah tukar selalu,” akui mereka. Contohnya, kabinet IKEA yang di-DIY jadi built-in cabinet nampak mewah tapi kos rendah. Lampu gantung moden di ruang tamu pula buat vibe tropika. Dengan tambah plug di sudut-sudut rumah, semua ruang jadi praktikal, dari charge phone sampai pasang lampu meja. “Rancang betul-betul, confirm rumah nampak wow walaupun bajet ciput,” cerita pemilik.
Rumah Yang Ada Jiwa
Kisah eahouse59 ni bukti yang rumah impian tak perlu jutaan ringgit. Dengan konsep moden klasik tropika, warna neutral, pokok hidup dan sentuhan DIY, mereka cipta ruang yang bukan je lawa, tapi penuh cinta. Dari ruang tamu yang meriah dengan ketawa anak sampai dapur yang jadi tempat borak santai, setiap sudut rumah ni ada cerita.
Mesti Baca: Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal
Baca Lagi Di Sini: Kabinet Dapur Biarlah Binaannya Praktikal, Ini Layout Yang Betul Dan Ideal
Artikel Menarik:DIY Kabinet Dapur Lama Usia 10 Tahun Guna Empat Bahan, Terus Nampak Macam Baru
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
The post Ubah Suai Rumah Impian Gaya Moden Klasik Tropika Dengan Bajet Sederhana appeared first on Impiana.