
July 10, 2025
Tanah Subur, Pokok Pun Lebat, Rahsia MOL Tempe busuk
Tanah subur, pokok pun lebat, rahsia MOL tempe busuk. Ramai antara kita memberi tumpuan penuh terhadap penjagaan pokok dari membuang daun rosak akibat serangan serangga hinggalah membaja demi memastikan pokok berbunga dan berbuah. Namun, satu perkara asas yang sering terlepas pandang ialah kesuburan tanah itu sendiri.
Tanah Subur, Pokok Pun Lebat, Rahsia MOL Tempe Busuk
Tanah yang subur merupakan asas kepada pertumbuhan tanaman yang sihat. Ia menjadi sumber utama pembekalan nutrien kepada pokok melalui sistem akarnya. Jika tanah tidak cukup subur, segala usaha penjagaan lain mungkin sia-sia.
Berikut dikongsikan cara mudah menyediakan Mikro Organisma Lokal (MOL) menggunakan tempe rosak sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki struktur tanah dan menambah kesuburannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 keping tempe yang telah rosak (berbau atau berubah warna)
5 sudu makan gula merah
1 liter air tanpa klorin
1 botol plastik kosong bersaiz 1.5 liter
Langkah penyediaan MOL:
- Kisar tempe rosak hingga lumat menggunakan pengisar.
2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas bersama gula merah dan air.
3. Kacau hingga semua bahan larut dan sebati.
4. Tuangkan campuran tersebut ke dalam botol plastik dan biarkan tanpa menutup penutup botol rapat.
5. Simpan di tempat yang teduh dan biarkan ia diperam selama 7 hari.
Tip tambahan:
Ketika proses penapaian berlangsung (sekitar hari ke-4 hingga ke-5), MOL akan mengeluarkan bau masam-manis yang agak kuat. Oleh itu, adalah lebih baik jika ia diperam di luar rumah.
Cara penggunaan:
Campurkan 5 ml MOL tempe ini dengan 1 liter air tanpa klorin. Siramkan campuran ini terus ke atas permukaan tanah untuk membantu meningkatkan kesuburannya.
Dengan kaedah ini, anda bukan sahaja mengelakkan pembaziran makanan, malah turut menyuburkan tanah secara semula jadi. Tanah subur, pokok pun pasti lebih sihat dan produktif!
NOTA:
Mikroorganisme Lokal (MOL) adalah kumpulan mikroorganisme yang bermanfaat yang dapat digunakan sebagai starter dalam penguraian bahan organik, fermentasi, dan pembuatan pupuk organik. MOL dapat dibuat dari berbagai bahan alami seperti buah-buahan, nasi basi, atau sisa makanan lainnya. MOL bermanfaat untuk meningkatkan kesuburan tanah, membantu pengomposan, dan bahkan dapat digunakan sebagai pestisida nabati.
Pengertian MOL:
MOL adalah singkatan dari Mikro Organisme Lokal. Ini adalah kumpulan mikroorganisme yang hidup di lingkungan sekitar dan dapat dimanfaatkan untuk berbagai keperluan, terutama dalam bidang pertanian organik.
Baca artikel lain juga: Pemuda Ambil Alih Tanaman Jagung Manis, Ladang Hasilkan 280,000 Tongkol Jagung Manis Setiap Musim, Pulangan Cecah RM9k
Peroleh Pendapatan Bersih Lebih RM20k Sebulan, 5 Rakan Karib Usahakan Tanaman MMT
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
The post Tanah Subur, Pokok Pun Lebat, Rahsia MOL Tempe busuk appeared first on Impiana.