
July 10, 2025
Nak Pokok Pisang Subur Dan Buah Lebat? Ini Cara Penjagaan Yang Betul, Ramai Tak Tahu!
Nak pokok pisang subur dan buah lebat? Ini cara penjagaan yang betul, ramai tak tahu! Ramai antara kita gemar tanam pokok pisang di halaman rumah, ada yang sekadar sepokok, tak kurang juga yang menanam berderet keliling rumah. Tapi, bukan semua tahu cara penjagaan yang betul supaya pokok pisang bukan saja hidup, tapi membesar dengan subur dan menghasilkan tandan buah yang berkualiti.
Nak Pokok Pisang Subur Dan Buah Lebat? Ini Cara Penjagaan Yang Betul, Ramai Tak Tahu!
Kalau selama ini hanya siram dan biarkan saja pokok membesar sendiri, ini masanya untuk ubah cara. Tip penjagaan berikut dikongsi oleh seorang Pengurus Ladang Pisang berpengalaman yang tahu rahsia hasilkan pisang yang besar, berat dan manis.
7 Tip Penjagaan Pokok Pisang Agar Buah Lebat Dan Berkualiti
Kekalkan 8 pelepah daun sahaja pada satu-satu masa
Ini penting untuk pastikan tenaga pokok tertumpu kepada pertumbuhan buah dan bukan hanya menyokong daun yang banyak.
Untuk pisang berangan, hanya biarkan 10-12 sikat buah sahaja
Sikat selebihnya serta jantung pisang perlu dibuang. Langkah ini membantu buah tumbuh lebih besar dan berat.
Balut setiap tandan dengan kertas
*Gunakan stapler untuk kemaskan balutan dan pastikan hujung tandan juga ditutup sepenuhnya bagi lindungi buah daripada serangga dan cuaca.
*Bila jantung mula keluar, kurangkan daun kepada 6 helai.
*Ini supaya nutrien pokok lebih tertumpu pada pembesaran buah, bukan daun.
*Anak pokok pertama hanya dibiar hidup selepas jantung keluar.
*Tujuannya adalah supaya pokok induk dapat tumbuh dengan sihat dan kuat tanpa diganggu oleh anak pokok yang bersaing.
*Selepas jantung dipotong, biarkan hanya 4 helai daun.
*Ini fasa terakhir sebelum buah matang, jadi penjagaan fokus kepada buah sepenuhnya.
Hentikan pembajaan apabila jantung sudah keluar.
*Jika dibaja juga, buah pisang akan menjadi keras dan tak manis. Ia menjejaskan kualiti hasil.
Jadual Dan Cara Membaja Pokok Pisang
Waktu tanam: Letak penggalak akar dalam lubang tanam.
3 bulan selepas tanam: Guna baja jenis 15:15:15 (baja subur).
6-7 bulan usia pokok: Tukar kepada baja buah 12:12:17:2.
Kuantiti baja: Cukup sekadar segenggam atau lebih kurang 250 gram untuk setiap pokok.
Kawalan Rumput Dan Tanah
*Tak perlu mencangkul tanah di sekeliling pokok untuk buang rumput.
*Meracun lebih mudah dan berkesan. Bancuhan racun: 70ml racun dicampur dalam 18 liter air. Kacau sebati sebelum digunakan supaya kesan maksimum dicapai.
*Elakkan gemburkan tanah kerana ini boleh menyebabkan pokok mudah tumbang.
Masalah Penyakit Dan Cara Atasi
*Jika daun kelihatan kuning berkarat atau batang jadi berlendir dan berbintik hitam, besar kemungkinan pokok dijangkiti kulat. Cara rawatannya:
*Sembur seluruh pokok dengan larutan kapur hingga pokok kelihatan putih keseluruhan. Ini akan bantu halang kulat daripada merebak.
Masa Sesuai Tuai Pisang
Tandan buah boleh dituai apabila 2 hingga 3 pelepah daun telah kering dan layu. Itu petanda buah sudah matang dan sedia dipetik.
Kesimpulannya, pokok pisang bukan sekadar perlu air dan tanah. Dengan penjagaan yang betul, dari jumlah daun, cara membaja hingga kaedah tuai, anda bukan saja boleh hasilkan buah yang banyak, tapi juga berkualiti tinggi. Jangan tunggu, jom mula praktikkan tip ini hari ini!
Sumber: psv3.blogspot & Mingguan Wanita
Baca artikel lain juga: Pemuda Ambil Alih Tanaman Jagung Manis, Ladang Hasilkan 280,000 Tongkol Jagung Manis Setiap Musim, Pulangan Cecah RM9k
Peroleh Pendapatan Bersih Lebih RM20k Sebulan, 5 Rakan Karib Usahakan Tanaman MMT
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
The post Nak Pokok Pisang Subur Dan Buah Lebat? Ini Cara Penjagaan Yang Betul, Ramai Tak Tahu! appeared first on Impiana.