Back To Artikel
category
By Suhaidah Wahab

July 10, 2025

RASPBERRY Segar Dari Tepi Rumah, Berbaloi Tanam Hari-Hari Kutip Buah

RASPBERRY Segar Dari Tepi Rumah, Berbaloi Tanam Hari-Hari Kutip Buah. Siapa sangka rupanya dengan penjagaan tanaman yang betul pokok Rasberry juga boleh ‘hidup’ dan berbuah di kawasan iklim khatulistiwa di Malaysia. Bukan apa, lazimnya buah ini hidup subur di kawasan beriklim sejuk.

Menerusi perkongsian Zaid Azizy Yaakob, Pokok Raspberry yang disemainya dengan menggunakan biji benih, kini telah membuahkan hasilnya. Sedang ranum berbuah dan berjaya dituai buahnya. Hanya hasil berkebun di tepi rumah.

Hasil berkebun tepi rumah. Kita kutip buah raspberry.kita buat jem raspberry..pastu kita buat kek raspberry cream cheese cake. Sedap ooo..nyum nyum nyum ..
Raspberry segar dari tepi rumah je di Semenyih, Selangor Malaysia bukan Amerika.
Raspberry merah Herritage. Rasanya lebih manis dari strawberi. Berbaloi tanam, hari-hari dapat kutip buah.

Antara tip yang dikongsikan;

  • Beli biji benih di shopee bukan guna keratan batang. Boleh beli di sini juga: https://invl.me/clmtbuz
  • Tanaman menggunakan biji benih, 3-4 bulan baru tumbuh pokok dan ditanam atas tanah.
  • Masa awal tumbuh hingga 3 bulan, waktu kritikal sebab pokok sensitif. Tak boleh terlebih air, panas, baja atau serangan serangga seperti semut, boleh sebabkan pokok mati.
  • Pertumbuhan pokok dalam setahun baru berbunga dan berbuah.
  • Permulaan hanya perlu spray biji benih, tak siram.Kalau siram air banyak pokok tak hidup.
  • Pada permulaan agak sukar menjaga pokok rasberry ini. Namun selepas dah stabil 6-7 bulan baru ok.
  • Pokok Raspberry suka panas tapi tak suka hujan.

Begini Caranya Untuk Semai Biji Benih Raspberry:

1. Pasu:

Sediakan pasu yang sesuai untuk menyemai biji benih.

2. Media semaian:

Gunakan peat moss atau campuran media semaian yang baik untuk menyokong pertumbuhan biji benih.

3. Cara menyemai:
  • Isikan pasu dengan media semaian.
  • Taburkan biji benih raspberry di atas media semaian.
  • Timbus biji benih dengan sedikit media semaian.
  • Semburkan air untuk melembapkan media semaian, tetapi jangan terlalu basah.
  • Tandakan dengan pelekat supaya anda tahu di mana anda menyemai biji benih.

4. Penjagaan:

  • Biji benih biasanya bercambah dalam masa 3 bulan.
  • Pastikan media semaian lembap tetapi tidak terlalu basah.
  • Pada bulan pertama, anak pokok raspberry adalah sangat kritikal, jadi elakkan terlalu banyak air atau cahaya matahari.
  • Bulan ke-2 dan ke-3, anak pokok akan mula membesar. 
  • Bulan ke-3 dan ke-4, anak pokok akan mula stabil. Pada ketika ini, anda boleh mula membaja anak pokok dengan baja khusus untuk raspberry. 
  • Bulan ke-5 dan ke-6, anak pokok sedia untuk dipindahkan ke pasu yang lebih besar atau ke tanah.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: 7 Tip Mudah Tanam Buah Strawberi Tanah Rendah Menjadi Dan Sedap
Baca Lagi Di Sini: Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi
Artikel Menarik: Tanam Pokok Anggur Depan Rumah, Guna Tip Ini ‘Confirm’ Buah Lebat!

IMPIANA: Menariknya boleh tanam pokok raspberry sendiri di tepi laman rumah. Segar dan sangat organik bila tanam sendiri. Boleh cuba tanam sendiri di laman rumah ikut tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Zaid Azizy Yaakob

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

The post RASPBERRY Segar Dari Tepi Rumah, Berbaloi Tanam Hari-Hari Kutip Buah appeared first on Impiana.